May 30, 2011

THE HEALING PROCESS

 aku selalu advise membe2 aku yang mana putus cinta tu...

buat lah something, buat2 busy supaya penat then kita akan lupa pada masalah kita tu.

but,
at some point, kita akan rasa kehilangan juga.
apa2 pun, time ni lah we need to have faith on ourselves..
sebap kita sendiri yang kene atasi masalah itu sendiri.
yang tinggal hanya lah, KITA SENDIRI.

how? first thing first,
jauhi daripada facebook.


sebap aku rasa bende alah ni langsung tak private.
anything yang happend dekat kita, senang je orang tahu.
for now, aku deactivate fb aku.
if da ready to face the world baru aku on balik. haha

secondly, dekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.
sebap semua yang berlaku ni, ada hikmah nya..
kun fa ya kun.
for sure, jangan mencintai orang lain lebih kamu mengasihi ALLAH.
bila putus ke apa, takde la rasa merana sangat..
kalau boleh kita cinta pada seseorang tu kerana ALLAH.
INSYAALLAH BERKEKALAN...

TIME2 ni la kita akan tertumpu pada diri kita sendiri.
so, next step.....

MENCANTIK KAN DIRI ANDA!

pada aku, time macam ni lah aku ada masa untuk diri aku.
everytime aku clash an, aku mesti do something to myself.
i'm transferring myself into the new me :)


tak tahu lah, da jadi tabiat kot.
try lah, mesti korang akan rasa fresh.

p/s : i think i'm okayy kot. no more tears..
just HAPPINESS :)
HEY btw, boleh flirt2 apa.. haha ;P


May 17, 2011

CINTA DISAMPAHKAN

THE WORST BIRTHDAY PRESENT EVER!!!

"tak semua kau rancang akan berlaku,
mungkin nasib tak menyebelahi aku.." YUNA-PENAKUT

HIDUP INI UMPAMA RODA.
kadang2 kita berada di bawah dan kadang2 kita akan berada di atas.

mungkin sekarang masa aku berada di bawah.
aku kalah dalam pertempuran cinta. haha
tapi aku takkan mengalah terhadap dugaan yang memang ditakdirkan untuk aku.
*banyak pulak dugaan nak datang time2 aku nak amek exam ni kan.*
SABAR REEN SABAR.

takpa, slow2 wahai hati..

*the healing process*
(sambil tu nak flirt2 boleh?)

tak guna cerita lebih bila hati da terluka.
  
                               

 saya pun taknak bermusuh dengan awak sebap awak penah jadi orang yang saya sayang, orang yang penah share feeling, opinion semua dengan saya.
apapun, saya sentiasa doakan kesejahteraan awak.
kita masih kawan kan :)
mungkin dengan cara ini kita boleh memelihara hubungan kita, permainan dunia. (nobody knows)

May 13, 2011

RATU sehari!

SELAMAT HARI JADI TO ME!

wow! da 22 tahun aku hidup..
tengok dari segala perspektif, memang banyak yang da berubah.
since last year (21 tahun) until this year, i have improved a lot!
maybe sebap pemikiran da matured kot, INSYAALLAH.
by the way, nak share something..
HARI KEBESARAN AKU, aku bangun lambat! dem!
tapi itu tak bermakna akan effect my BIG DAY kan?
even bangun lambat on 7.30am, (kantoi qada' solat subuh)
tapi aku managed to arrive to office on time!
cool is it? haha
i guess i was blessed hurh!

sampai office, on pc (personal computer) bukak youtube.
dengar surah YASSIN (untuk ketenangan)
dengar surah AR RAHMAN (senang ingat time belajar)
dengar surah AL WAQIAH (untuk dimurahkan rezeki)

*aku sangat memerlukan 3 surah penting itu di saat aku tengah tension*
tapi sekarang dengar sebap nak mendapat keredaan ALLAH masa hari jadi aku.

bila da cecah 20an ni kan, hadiah2 ni da tak pandang sangat la.
bagi aku sekadar wish birthday da mencukupi.
yela, if orang tu wish hari kebesaran kita maknanya dia ingat dekat kita.

korang wish my birthday memang aku sangat terharu, thanks guys.. appreciated it.
tapi yang kawan2 tak wish (terlupa kot) is forgiven la tapi sedikit terasa.
aku memang tak nak apa2. tapi kalau boleh...... ;P
(kalau nak bagi hadiah sangat lah)

NAK PERGI TENGOK SHOWDOWN!!!

sekarang aku gila dance. tengok orang dance rasa macam nak belajar jugak.
tapi SHOWDOWN ni more to breakdance style.. hehe

at first aku nak tengok SD sebap bf aku ada, jadi judges pulak tu.
joe flizzow, ADORE him kot <3


lepas tu boleh pulak terminat dekat HMC PHLOW
*dorang smart, dan sangat hebat menari (+hemsem kot)*

dan BOUNCE STEPPERZ
*dorang dance ada unsur2 tradisional + unique (bila battle nampak dorang sepakat)*

dan STEPHOLIC
*crew from sarawak, suke tyle dance dorang (nampak seragam)*


dan FORCE 136
*da 2kali in bottom 4 tapi suka semangat dorang bila battle*

ni semua crew2 favourite aku.
dan aku vote untuk semua crew ni.
(tak penah2 aku vote untuk apa2 competition tau)
sebap crew2 ni lah aku menjadi penonton setia SD.
jangan lupa tengok okayy, every WEDNESDAY, show on 9.30pm.
tapi kalau ada kesempatan memang aku nak tengok LIVE. huhu
 apa2 pun memang aku support sangat our local dancers :)


*aku berminat dengan tarian ini, hope dapat belajar one day*


*this is just the basic steps, capoeira dance, popular dance from brazil*

anyway, lupa pulak nak wish to kak kamisah sebap belanja mCd on my birthday. hehe
kak eija and kak kamisah, tenkiuuuu so much! <3


tapi bila balik kerja je kena 'pau' belanja pizza pulak. huhuhu
tapi berbaloi sangat sebap belanja family makan..

p/s : YA ALLAH, terima kasih kerana pinjamkan aku roh dan jasad ini
dan berikan nya nafas selama 22 tahun..
SEMOGA AKU SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DARIMU YA ALLAH.. AMIN





May 6, 2011

SEMANGAT

OKAYY, pagi2 lagi aku da pasang niat untuk stay up sampai kul 3pagi.
(STAY UP = STUDY OK)

sampai je office aku terus buat air teh panas.
orang cakap nak tenang minum la teh lipton.
*the fact is, memang aku rasa cool sangat. sangat relaxing my mind

sedap nya!!!

yela, aku nak tenang2 je harini. tak nak pressure langsung sebap nak berjaga until 3am kan.
kang tension2, langsung aku malaz nak buat kerja. huhu

okayy, sebelum nak sampai office, tiap2 hari aku baca surah ayat kursi.
one of my babes, farhana said :

fana : haritu aku gi ceramah dekat masjid, the imam said,
before nak gi kerja bacalah ayat kursi sebanyak 3x.
INSYAALLAH, orang di sekeliling kita (coleague) akan layan kita dengan baik.

amin...

tapi bole je if korang apply untuk gi mana2.
*kalau da tak tahu sangat nak baca surah naek kenderaan ke, keluar berjalan2 ke*

fana : da lama tak gi ke taman syurga dengan kau kan?
aku : haaa taman syurga?? (nampak sangat jarang gi ceramah)
fana : taman syurga = ceramah dekat masjid lah.
aku : ooh... aah kan. aku lupa la. haha (cover line)


semalam aku call fana, actually memang aku takde mood nak study.
tapi lepas call dia, terus rasa semangat nak study.
kan best kalau hari2 ada orang bagi semangat dekat kita untuk study.

ARRGGHH! nak tak nak aku sendiri tulis dekat reminder (phone).

"go go reen! chaiyok2. study sampai puas"
(every 9.oopm akan kedengaran la bunyi alarm)


masa untuk belajar.. aku akan mulakan dengan bacaan
"nawaitu lillah hita`ala"

aku tak baca doa penerang hati, sebap nanti lagi aku malaz nak study.
dengan bacaan itu sahaja tadi aku mulakan pembelajaran aku.
INSYAALLAH, ilmu dapat masuk, lekat lama dalam kepala otak aku.
sebap niat kita belajar kerana ALLAH, papepun memang NIAT itu penting.



 

May 1, 2011

DUIT OOH DUIT

HARINI GAJI BARU MASUK..
aah, sangat lambat, sampai depan ATM nak draw duit takda. memang kena maki sekejap.

*sangat nikmat bila memakai baju beli dari gaji yang dapat hasil daripada titik peluh sendiri kan?
lagi nikmat bila duit itu bagi dekat papa dengan mama..
(most precious moment bila aku menghulur duit pada mama n papa dan mereka tersenyum)

*tapi itu tidak menunjukkan yang jasa mereka sudah terbalas*

talking about money.. yea, i have 3 method nak tunjuk pada korang..
CARA-CARA NAK KUMPUL DUIT IN A EASY WAY..
(YELA ASYIK TAK CUKUP DUIT JE, NAK SAVING JUGAK)


okayy, firstly aku nak share pasal join internet dan bole dapat duit.
(kira macam invest)
kawan aku ada join satu investment ni, thru on9 la.
nak masuk kena la guna duit jugak kan.
*tak ingat web apa*
tapi dia kata kena tunggu berapa bulan lepas tu akan pulang modal + dividend.
(dividend tu la income korang)

dekat sini nak tekan kan yang investment ni boleh dipercayai ke tak sebap takut kene tipu je.
-KURANG SECURE-



secondly, aku nak masuk ASB. tapi ada 2 cara nak apply ASB.
(thru savings and also thru loan)
*kalau pilih thru saving ikut kemampuan kita lah nak simpan berapa tapi pulangan (interest)sedikit la sebap interest akan dikira based on how much you save in the bank.

*kalau pilih thru loan, means korang boleh pilih nak buat investment berapa lama.
tapi korang modal untuk buat investment tu korang apply thru loan.
dan confirm pulangan (dividend) besar. sebap bank2 *ikut apply dekat bank mana*
akan calculate berapa lama korang buat loan dan berapa banyak loan yang korang invest.
contoh korang apply RM10K dalam masa 5 tahun.
then korang kena bayar rm1++ (based on bank's calculation)
tapi every year (within 5 years) korang akan dapat dividend.
dividend tu based on bank's performance, kalau dorang dapat income besar so dorang akan divide to ASB applicants berapa nak kasi dividend.
dan lepas 5 tahun korang akan dapat balik RM10K korang yang korang invest dulu.
(untung nya dekat sini sebap every year korang akan dapat dividen)
tapi cuma LAMA sedikit nak tunggu. sebap dapat duit hujung tahun. haha!
*based on my research*
family dan kawan2 cakap bank ni lah yang bagus untuk apply ASB sebap low interest (nak bayar every month) dan paling minimum percentage dorang nak bagi pulangan dividend sebanyak 7%)



lastly, nak dapat untung dari money exchange.
(pergi dekat tempat pengurup wang berlesen)
cara ni LECEH sedikit sebap nak kena pergi dekat licensed money changer untuk tukar duit.
tapi boleh je if korang nak tukar duit dekat bank tapi malu la kan nak tukar kalau berapa ratus je.

aku ingat nak buat macam ni tau...
tukar duit ringgit malaysia to pound sterling or dollar.
tahu tak kenapa tukar duit mata wang pun boleh dapat untung???

POUND STERLING OR DOLLAR???

contoh nya...
korang tengok dekat board mata wang asing terkini.
tengok dekat dollar (contoh).
hari ni RM3 untuk 1dollar.
so korang tukar duit 10 dollar dan bayar RM30.
bila korang tengok currency da naik.
(contoh 1dollar = RM3.50)
apa lagi, tukar la duit jadi ringgit malaysia balik.
dapat la untung RM5 free2 je.

*korang tukar duit dollar masa currency turun,
dan tukar balik duit ke RM bila currency naik.
untung free2 je dekat situ kan?*

tak paham lagi???
currency turun (RM30 = 10dollar) - tukar ke dollar
currency naik (RM35 = 10dollar) - tukar ke RM

*dan korang akan dapat pulangan sebanyak RM35 padahal korang perlukan RM30 sahaja untuk tukar duit 10dollar tadi. kan da untung RM5. hehehe

tapi LECEH la sebap nak kena selalu tengok currency turun naik bila.
boleh je kalau nak predict currency.
sebap dulu aku kerja as investment consultant sekejap.
(bangga sekejap)
tapi aku tengok sekarang ni currency macam maintain je.
lambat pergerakan dia.
al-maklum lah sekarang kan currency malaysia da naik.
good work MALAYSIA!

but for now aku rasa aku pilih cara yang kedua.
nak kembangkan duit aku dengan cara apply ASB.
sebap pulangan banyak dan aku nak guna duit tu untuk future aku.
contoh, nak kawen ke study abroad ke beli kereta ke.

serius la, sekarang kena utilise money dengan bijak nya sebap
da la susah nak cari duit tapi senang sangat nak habiskan duit.
hukhuk