Nov 27, 2011

PENGHIJRAHAN DAN TRANSFORMASI

Assalamualaikum buat pembaca setia...

Bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


lately, aku rasa semua comment2 aku lebih ke arah keagamaan, keinsafan diri dan bagi pendapat untuk kebaikan bersama.
 macam bagi ceramah dekat orang.
selamat tak annoying, hanya sekadar buat renungan kepada kawan2.
oohh maybe aku sedang berhijrah ke arah yang lebih baik. insyaAllah...


Yea pada Awal Muharram ni, kita semua paham dengan konsep penghijrahan.
jadi pada waktu ini, aku sedang berniat untuk menjalani transformasi.
aku mahu diri ini menjadi ke arah yang lebih baik.
bukan pada mata manusia, tetapi aku mahu dipandang mulia pada mata PENCIPTA kita, ALLAH S.W.T.

aku mahu buang sifat dengki jauh2.
buang perasaan amarah aku.
aku ni jenis yang tak sabar, so kalau tak dapat apa yang aku nak aku akan cepat meradang.
aku suka sound direct TAPI kalau aku da marah sangat lah.
selagi aku rasa boleh tahan aku diam je.
aku still lagi jaga dan pikir perasaan orang yang buat aku bengang tu.
tapi kalau aku da bengang sangat tiba2 je mulut ni jadi celupar. wuuppsss =.=

kepada manusia2 yang kadang2 termakan hati dengan sifat aku,
AKU TENGAH BERUBAH NAK JADI ORANG YANG TENANG DAN TAK CEPAT MARAH.
SO, I'M SORY. HEHE

kadang2 kita rasa kita mulia tapi sebenarnya ada lagi manusia yang lebih mulia daripada kita.
just want to share this video.



nak menangis tengok bila dia suapkan makanan dekat orang gelendangan ni kan.
dia angkat martabat orang2 yang dipinggirkan.
manusia macam ni lah yang kita patut respect sebenarnya.
alang ada dikalangan anak2 yang buang makbapak dorang.
tengok la diri sendiri, realitinya kita bagaimana???


Start giving. See the joy of giving. - Narayanan Krishnan








Nov 25, 2011

bad day turns to a gooood day.

harini sampai office lambat jugak around 8.05am.
tapi tengok ramai lagi tak sampai rupanya.
tiba2 uncle guard bagitahu yang office masuk perompak.
aku macam... what theeee tetttt!
baru nak semangat kerja kau tahu.
yela hari jumaat paling best nak kerja sebap esoknya da cuti. haha!
semangat kerja ke semangat nak update entry sebap boss semua takde on leave! haha

rupanya accounts department je yang kena ceroboh.
aku tengok semua document2 habis bersepah.
drawer aku pun terbukak, habis sejadah aku.
ba alip ba ya betul la perompak ni.
memang teruk jugak la condition dekat bahagian account.
dorang masuk thru warehouse.
aku rasa mesti sempat rembat setin dua biskut. haha

aku pelik jugak apa la yang dorang cari dekat hwa tai. 
bukan ada barang berharga pun.
selamat computer semua tak kena rembat.
kalau tak memang lama la kan nak kena start kerja.
perompak2 sekalian potong elektrik bahagian account je.
so kiteorang tak boleh nak buat kerja.
da la kerja aku belambak2 weh.

okayy tipu ni bukan pic harini. harini gelap gila kot dekat bahagian account.
ni pic semalam aku captured.
macam tahu2 je kan esoknya nak blackout. ahaksss


so apa lagiiii... mengularrrr la. haha
siap buat maggi and lepak2 sambil mentedarah milo ais.
nyam2... masa lunch aku dengan kak eija pergi la jj (jaya jusco bukan jalan2)
siap shopping bagai.
mula2 nak tengok je, lepastu memang rezeki kot.
ada sale 70% kot.
apa lagi rembat la sehelai baju kebaya with long skirt.
nak pakai pergi wedding esok.
btw, i'm sooo excited gilaaaaa sebap da lama aku tak shopping baju kau tahu.
seingat aku last time aku shopping baju and kasut pun sebelum bulan puasa.
sedih kan. T__T


so rasa macam best gilaaaaa sebap dapat sehelai baju. auwww~
bukan risau office kena rompak siap shopping bagai pulak kan.
bagussss betul hwa tai dapat pekerja berdedikasi macam aku ni. haha

i think today a bad day turned out to be my gooood day.
ALHAMDULILLAH...
sebap apa tau. harini aku ada appointment kereta nak hantar casey pergi servis.
macam ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.
kteorang dapat balik awal tau so aku boleh la hantar casey pergi servis.
masa aku tengah update entry ni aku dekat Perodua Servis Desa Tun Razak.
okayy sedikit compliment sebap tempat menunggu yang best disediakan.
siap boleh buat air semua. best2...


yeay!!! lepas tu nak pergi Big Bad Wolf Aftermath Sale
nak sapu buku2 kat situ pulak, lepas tu mama nak ajak pergi shopping dekat jj.
memang kaki jalan kan aku. haha
padahal mata da rabak da ni kot =.=
takpe2. asalkan masih ada tenaga akan ku perah kudratku sampai habis.
hahaha masa kerja tak boleh pulak kau set mind macam tu eh reen. haha







Nov 23, 2011

wordless wednesday ~ 5


Bahasa malaysia bahasa kebangsaan.
Tahu tak orang dari negara lain pun belajar bahasa kita.
so, berbangga la dengan bahasa melayu ;)






Nov 21, 2011

selamanya.. selamanya.. selamanya HARIMAU MALAYA

GOOD JOB HARIMAU MALAYA!

jadi lah tengok bola sorang2 malam ni.
ramai pulak update status pasal bola.
mostly dok mengutuk pemain2 indonesia.
yela mana tak nya, maen macam celaka weh. haha

tapi chomeyl je bola captain harimau malaya tadi kan.
slow je tapi masuk jugak.
memang rezeki malaysia kan.

suka pulak tengok dia. dan2 ;P

pernah dengar nama badrol bakhtiar ni tapi tak tahu muka dia.

apa2 pun aku setia dekat bf aku sorang ni.

ooh abang singa laut. loveee you lah amirul hadi zainal. hahaha
*tetiba meroyan sekejap



btw, malaysia menang bola harini, agak2 esok cutii tak?
nak cutiiiiiiiiii. plssssssss PM cepat lah umum cuti. hehe



suka dengar lagu ni, lagu untuk pasukan harimau malaya.



TAHNIAH!






super duper busy

eceh, ayat nak gempak je busy sangat la konon.
tapi still boleh update entry. haha

boleh tak nak mencarut??
fu*ck la. semua kerja aku nak kena buat harini.
due date task semua dekat2. tetttt!
demm! budak ni lak tak datang.
da la kerja belambak, dan2 pulak kau tak datang kan.
kerja kau pun nak kena hadap lagi.
saje bagi aku tension ke apaaa!


actually aku nak update entry yang aku pikir sebelum ni.
da tu takde masa nak pikir ayat.

aku hanya mampu balas comment dekat blog ...sambungan je. haha

aarrghhh! tension pulak.
tak paham. tak paham.
tension akuuuu account niiiii!!!
malasss nak kira.
nak tido je boleh??? hahaha
lepas tu tiap bulan gaji masuk.
(kalau la boleh, berangan jela kan)

tak pernah2 aku tension nak buat kerja.
harini pulak tension semacam kan.
hukhuk cepat lah pukul 6pm weh!

okayy nak sambung kerja. baibai ;(






Nov 18, 2011

demam betul ke tipu ni???

semalam aku rasa sangat malasss nak pergi kerja.
lagipun aku rasa macam nak demam je.
so, aku decide nak amek mc (medical certificate). hehe

pagi2 pukul 6.30am aku da text alicia (bos aku).
*6.30am bunyi alarm suruh bangun 


Alicia, i mc today. Demam dan tak larat la..
Got fever and cough :(

*****

hamboiii ayat tak boleh belah.
padahal takde la demam teruk, still lagi boleh kerja.
malasss punya pasal.
lagipun mama pun suruh mc sebap ada benda nak settle.
macam biasa lah jadi driver mama kan. hukhuk
(amacam cantek tak cover ayat)

btw, takde makna la pagi2 tu aku nak pikir ayat apa nak bagi kat bos aku kan.
malam before nak tido tu lagi aku da susun ayat dan taep mesej terus tapi aku save dekat draft.
haha nanti senang terus tekan send je. hahaha


tapi bangun pagi2 dalam pukul 11.30am (pagi la sangat!), terus rasa macam suhu badan da kebah sikit.


monolog : alamkss, macam mana nak pergi amek mc nanti ni.
confirm doc nak check suhu badan.
kang cakap demam memang tak dapat mc la kan.


aku ni pulak jenis yang tak reti nak menipu.
al maklum lah budak jujur. huhu
so, aku up la status dekat fuckbook.

ramai lak bagi feedback. bagusss!

guess what, ramai pulak member2 yang bagi idea2 bernas macam mana nak bagi suhu badan panas ala2 macam nak demam.
hamboiii! bab2 kelentong ni panjang je akal korang kan. haha

ada la yang aku ikut jugak kan.
and like usual, kantoii dengan doc.
tak reti menipu ;(
jujur gilaaa cakap nak mc.
hahaha selamat doc tu baek.
doc lelaki. kenyit mata sikit terus bagi mc. 
(okayy tipu aku tak flirt dengan doc tu kayy)
memang doc tu baek, tengok aku buat muka kesian.
so, dapat la mc. hehe


harini sampai je office, tengok atas meja da kemas.
aiitt, ni mesti kerja kak eija la ni.
hehehe sayang lebih la kat akak!
suka nyaaaa, meja aku da nampak macam meja.
kalau tak nampak macam dapur. haha
banyak sangat kerja pending.

mana tak nya, aku punya kerja tak siap lagi da suruh buat kerja laen.
memang pending la memanjang kan.
(ayat back up diri lagi)


aku : thanks akak... kemaskan meja reen. :)
kak eija : kau memang. banyak sangat invoice atas meja tu.
aku : macam ni hari2 nak mc la boleh??? hahaha
kak eija : ngek lah... huhu


hadoyy! bila sampai office je rasa nak demam balek =.=
malasss kerja lew tewww~
asalan je tahu!






Nov 17, 2011

QUOTE#

"hidup mana yang tak dilanda badai, baru kenal erti rasa hidup" - A. Samad Said

Nov 16, 2011

RANTAI KOMEN

hidung tersumbat, pernafasan aku masih tersekat - sekat.
tekak sibuk nak terbatuk2.
dengan tak cukup tido lagi kan.
memang keadaan aku sekarang rasa tak selesa.
telan 5 biji panadol memang melegakan sikit.


harini aku rasa kecewa sikit dengan kawan2 baek aku.
mula la aku rasa facebook membosankan.
so, aku bertukar mood sekejap.


dari pagi sampai sekarang aku terjah blog orang.
rajen pulak aku tinggalkan bau dekat blog dorang. haha
nasib la siapa yang dapat comment2 aku yang agak nerdy dan skema gabaii...
dari satu blog ke satu blog aku visit.
semua blog yang aku visit aku tinggalkan comment.
bersambung2 la merepek aku kan.
lantak la dekat mana2 comment asyik terpampang muka aku je.
rasa la korang... HAHAHA





Nov 15, 2011

Pramugari, LAYAK ke aku???

hahaha rasa macam nak tergelak je bila cakap pasal keinginan aku sekarang ni.
tiba2 aku rasa nak jadi stewardess lah.
tapi masalah nya, layak tak aku ni???

tinggi : 154cm
berat : 49kg


*****

 syarat-syarat :

-Malaysian, Male and female age between 20 and 35 years.
- Height (ladies): minimum 157cm, maximum 170cm barefoot.
- Height (men): minimum 170cm, maximum 180cm barefoot.

- SPM with credit in English and Bahasa Malaysia or equivalent.
- Excellent health and good eyesight. not colour blind.
- Pleasant personality and good communication skills.
- Experienced crew are encouraged to apply.


*****


yeay! TAK LAYAK!
hurh... macam hampeh je.
tula siapa suruh pendek sangat.
huhu kesian nya.
aku ada cakap kat mama dengan adek aku yang aku nak jadi stewardess,
lepas tu adek aku gelak weh.
dia cakap, nampak sangat tak layak sebap pendek.
taek je...
tapi mama suruh try apply.
(see, ibu2 memang suka jaga hati kita even da tahu yang anak dia ni memang tak layak kan. hahaha)



tapi serius lah, aku memang teringin sangat nak jadi stewardess doii.
cuma pendek je.
syarat2 yang laen tu da pass da.
bab2 ketinggian ni memang fail la. kecepek! (sambil menepuk dahi)


aku ada post dekat facebook, ada tak cara laen nak bagi tinggi.
ada kawan aku suggest suruh bergayut.
insyAllah boleh tinggi.
kakak aku pulak suruh aku maen lompat2. is it works??
yeay! nak try la nanti... hehehe


btw, im curious. ada ke stewardess pakai tudung??
haha memang tak la kan!
tapi tengok stewardess MAS pakai baju kebaya.
so suweet! da lah aku suka berbaju kebaya. haha
lagi la keinginan aku berbuak - buak kot.
alaaa, tapi tula. nak benda yang confirm2 melanggar peraturan agama.
huhu stewardess semua free hair la wahai cik reen oii...






maybe i'm too harsh

aku rasa macam jahat sangat je.
soryy tau.
yela, aku je yang jahat.
aku jugak salah sebap tolak kau.
takkan nak paksa hati da kalau tak boleh terima.
habes tu nanti aku terima kau sebap kesian.
kau nak macam tu ke???

hate this feeling.
"KESIAN"

i'm sorryy.

arghhh... aku jugak yang tension.
ni yang malasssssss ni. hurhh!
nak jerit kuat2 boleh?
muahahahaha






Nov 14, 2011

STRESS part three

haaa stress yang ni aku paling stress nak handle. huhu
memang aku rasa jelezzz gilaaaa.

kakak aku lah.
dia nak pergi holiday dekat melaka.
dia baru bagi tahu aku harini.
nak pergi hari rabu ni.
pffttt! nak ikutt wehh!

macam mana nak pergi.
cuti tak apply lagi.
siot lah! nak pergi holiday senyap2.
padahal before this dorang ada war2 kan nak pergi bercuti dekat melaka.
tapi tiba2 dorang kata dapat menginap free dekat apartment dekat2 dengan pantai, tu yang aku excited nak join.
teringin sangat nak pergi pantai..
memang stress aku dengar. huhu
kat tempat aku ni, kalau nak apply cuti.
kena apply at least dua minggu awal.
choyy! taknak bagi aku ikut lew teww ;(

stress ni boleh dilabelkan sebagai : stress tak dapat pergi holiday or stress kena tinggal, baibai! hahaha






STRESS part one

arghhh! tak kira nak post tiga entry jugak harini.
harini stress gilaaaa weh.
sampai ada tahap2 stress aku.
nak labelkan la jenis2 stress aku.

label : stress di tempat kerja.

hurh! pagi2 da dapat mesej daripada boss.

*****

alicia : Morning. hari ni sue EL. sebap nak buat lesen and renew ic.

*****

aku macam... shitt!

then aku reply la.


*****

aku : yeke. okay2. looks like i need to replace her.
if anything i'll inform you.

*****


ekeleh! aku punya kerja pun belambak.
nak buat kerja minah ni pulak.
mana tak tension aku weh!!!

kelam kabut aku dibuatnya.
tapi best jugak.
aku suka buat kerja time stress2.
tak tahu asal. haha
daripada time sekolah dulu kot.
aku suka study masa aku tengah tension, baru senang masuk.

talking about sekolah.
aku rasa ramai member2 aku yang having their exam today.
nak wish, nak wish.
good luck guys with your exam.
break a leg!
yang paling penting, jangan lupa baca doa ye.

korang tension jawab exam, aku tension buat kerja ni ;(

sekarang ni...
cuma macam rasa nak bagi kaki je dekat colleague aku ni sebap selalu sangat amek mc.
aku yang da setahun lebih kerja pun baru amek mc 3 kali kot.
kau baru berapa bulan kerja da berpuluh kali amek mc.
padan la kena sound dengan boss. hurh!
da tu menyusahkan aku pulak tu.
sebap aku yang kena buat kerja dia.
macam harrrr!!!





Nov 13, 2011

aku personal driver mama.. hoho

well, biasalah kalau sabtu ahad, lepas tu melekat pulak dekat rumah.
confirm!
confirm! aku kena jadi driver mama. huhu

weekend aku kerja part time driver for free! 
haha tapi takpe.
i'm actually having fun.
at least dapat spend time with mama.
even hanya hantar mama pergi ke kedai kan.


harini puas berjalan dengan mama dan adek.
bawak pergi shopping.
huhu tapi aku tak beli apa2.
tengok jela dari jauh. sobsob T_T
(casey punya pasal aku tak shopping baju. hurh)


eh, tapi aku ada beli hadiah untuk colleague aku.
semalam wedding kakak dia.
tapi aku tak pergi.
so, aku beli hadiah jela.
kalau dia kahwin baru lah aku pergi. huhu


nak tahu tak,
padahal kredit takde pun aku tak topup weh.
(pathetic tak =.=)
ni kena beli hadiah pulak.
adehh takpe lah.
ikhlas2. hihihi



tapi hari sabtu wajib aku mandikan casey.
aku basuh sendiri kot.
bila basuh dekat car wash rasa macam tak bersih je.
bila balek rumah aku lap2 casey lagi.
sebap dorang basuh tak bersih.
cisss dell, baek aku basuh sendiri kan.

aku ni memang.
kalau rasa tak kena dengan hati aku, mesti aku akan buat sampai aku puas hati.
so aku decided nak basuh casey sendiri.
lagi puas hati.
at least dapat belek2 badan casey.
mana tahu tercalar ke. haha
boleh jugak maen polish2 kan.

tak tahu lah asal casey kotor sangat.
padahal bawak pergi office je kot.
maybe musim hujan kan.

tapi ada orang cakap tak elok selalu sangat basuh kereta.
nanti cat kereta luntur sebap selalu kena sabun.
betul ke??? i'm curious. 
al maklum lah tak tahu langsung pasal kereta ni =.=


haa lagi satu kalau selalu sangat polish kereta pun akan effect cat kereta ke???
aku cuak pulak. nanti warna casey luntur macam mana. huhu






Nov 11, 2011

welcome sebelas sebelas sebelas!

well, seperti yang kita tahu harini 11.11.11.
ramai sangat orang post pasal date harini.
tarikh keramat la konon bagi dorang.
tapi tak boleh belah bila ada orang getting married harini.
hari jumaat kot. 
macam pelik je kan.
sebap selalu kan orang buat majlis kahwin hari weekend.
buat hari biasa siapa yang nak datang. haha
(opinion aku jela)
kalau da nak kahwin sangat takkan nak halang pulak kan.
orang nak bina masjid, takkan nak halang orang buat niat baek lak. huhu


tapi aku ada terbaca di blog.
yang tarikh harini 11.11.11 adalah hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yang beratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan.


so, jangan nak sebelas sebelas sebelas sangat lah! hahaha


apa2 pun it's just a date kan.
jangan nak bangga2 or kecoh sangat okayy.





*****

btw, tahu tak nyah semalam mati2 la aku ingat kan harini hari khamis.
so aku iron baju seluar. 
not kurung. demm!
hilang keayuan untuk sehari.
kan maniss kalau berbaju kurung.
baru nampak perempuan melayu terakhir. hehehe
asyik pelupa je aku ni.
susah la... umur semakin meningkat ke. huhu







Nov 10, 2011

spontaneous thursdayy ~ 4

time nak balek dok kalut sangat sebap kunci kereta aku HILANG!!!
bajet nak balek sharp la konon.
tengok2 kunci takde.
apa lagi kecoh la kan. haha
akak kat tempat kerja aku pun tolong carikan.
10 minit kot cari.

lastly, aku baru teringat.
pagi tadi aku datang cepat, so aku lah yang bukak pintu.
kunci office nak kena amek kat mary (pegang semua kunci office).

monolog : aku rasa aku terbagi sekali la kunci kereta aku kat mary.

*****

aku : mary, pagi tadi i bagi kunci office je kan?
ada tak kunci laen terselit?

mary : hehehe (sambil bagi senyuman perli)
laaa, kunci you ke. i tunggu dari pagi takde orang pun yang claim.

aku : hahaha kunci i la tu. patut la hilang.

mary : da nak balek you baru perasan ke.

aku : hahaha aah la. i bukan keluar pun time lunch.

mary : i da blurr tadi, kenapa i bawak 2 kunci.
sama meh dengan kunci kereta i. haha

aku : hahaha

*****

mary pakai kereta Alza (perodua jugak).
so, kunci kereta dia pun sepesen jela kan.
lepas tu yang pelik. aku ada letak 3 kunci rumah.
dia pun sama. da la bentuk kunci akan2 sama.
tula dia blurr, dia ingat bawak 2 set kunci kereta.
hahaha sengal gilaaa.
sebap aku lupa nak letak keychain.
selalu letak asyik putus je tali dia.
keychain cubic la, baju la.
balek2 rumah terus letak keychain koala bear lak. hehe


sampai je rumah mama cakap da dapat da voucher free servis kereta, worth RM800. yummy!
almkss, lupa pulak nak amek gambar. haha
alaa sama je macam voucher shopping vincci tu.
cuma ada cop perodua jela. haha

monolog : selamat duet akuuu!!! yippieee ;D


btw, aku dapat invitation wedding esok malam.
nak pergi ke tak eh?
orang kata kalau dijemput ke majlis apa2 seelok-eloknya kena attend majlis tu.
da la siap dapat kad pulak tu.
memang kena wajib pergi la kan. huhu

bulan ni aku dapat 3 majlis walimatul urus.
kalau pergi ambil berkat lah.
moga2 turn aku pulak kan lepas tu. hahaha
amin.........





Nov 8, 2011

facebook, nuffnang dan twitter

perasaan aku pada harini sangat kucar kacir.
aku rasa sayu je.
aku rasa sedih tapi aku tak tahu mengapa.
yang aku tahu aku rasa nak menangis.

buat kerja pun pikir benda laen.
macam2 aku pikir.
tapi aku ni kalau tengah sedih aku tak suka layan perasaan tu lama2.
nanti cepat bosan.
so bila da bosan, tangan ni mula la dok tekan2 apa2 yang tak patut kan.


*****

getting bored with facebook bila da lama tak online.
tapi aku tengok ramai member2 aku da status engaged.
aitt, turn aku bila pulak? hehe
jelez weh sebenarnya tengok. huhu



update blog jomm!
tiba2 aku terpikir nak letak advertisement dekat blog.
hahaha padahal dulu aku rasa menyemak je ada ads ni kat blog.
tapi korang tahu tak bole buat duet with nuffnang ni?
nuffnang ni tempat advertiser nak tayang iklan dorang.
nuffnang target tempat dekat blog2.
tapi aku tak tahu sangat pasal nuffnang ni.
baru nak berjinak2.
actually aku join nuffang sebap nak dapat tiket muvee free. haha
so, kalau korang baek hati dan rasa nak buat amal jariah tu....
sila2 lah click kat ads aku ye.
hihihi satu click satu senyuman. aceceh...


heh, tersenyum lebar ;)
tiba2 tertekan kat web twitter. lalalala.....
aku da lama da sign up twitter tapi tak pernah active pun.
tak tahu la maen natang tu. hoho
tapi da ada 6 follower tu. 
even tak pernah update tweet.
*bangga2...

so, kalau ada twitter.
jom lah tweet2 aku.
nama aku di twitter : neenyshj

dah godek2 twitter.
ada la follower 10 orang.
aku follow orang 16 orang. haha
jangan lupa maen tweet2 dengan aku ye ;)