Jan 27, 2012

KARENAH

harini aku da start kerja.
memang rasa agak malas sebap aku dengan bos aku je kerja (yang laen tengah syok cuti!),
 but at the same time rasa macam semangat nak mengadap kerja yang da lama ditinggalkan. hehe

pagi2 lagi time tengah bersiap nak pergi kerja,
boleh pulak dengan rasa penuh kesabaran aku melayan karenah nenek aku ;)


tak tahu la kenapa,
padahal aku da lambat nak pergi kerja ni tapi aku boleh pulak rajin jawab semua pertanyaan nenek aku.
nenek aku da berumur dekat 80tahun (aku rasa la),
lepas tu banyak tanya and i'll keep repeating the same answer!
*sebap nenek aku tak dengar. huhuhu T__T


kau bayangkan lah...
aku tengah rushing bersiap2 ni, lepas tu nenek aku tanya macam2.
and then nak kena jawab kuat2 (bukan jerit okayy) dan ulang jawapan sama.
memang rasa annoying kan pagi2 da kena soal siasat macam polis pulak tapi aku tak rasa nak marah pun.
maybe tengah good mood kot. ahakss

lagipun sekali sekala je nenek aku tido rumah kan,
layan dia it's okayy with me.

cuba korang pikir kalau time korang tua2 nanti.
agak2 mesti lagi banyak tanya kan, so korang rasa cucu2 korang dengan penuh adab sopan rajin tak nak menjawab dan layan karenah korang???
hmmm mintak2 lah aku dapat didik anak2 dan cucu2 aku dengan peribadi yang mulia. amin... hehehe

*memang jauh dah berangan pagi2 ni. kbai

pernah dengar kan orang cakap...
kalau kita jahat time kecik2 dulu, nanti anak2 kita lagi jahat daripada kita.
bapak borek anak rintik???
boleh guna lagi ke pepatah tu??
aku rasa apa yang membentuk akhlak kita disebapkan pemikiran kita sendiri.
kita yang decide nak jadi macam mana kan.
bagaimana aku???
aku pun masih mencari identiti sendiri.
sebap kadang2 kita sendiri pun tak kenal kita siapa bukan.
asing kepada diri sendiri........................












Jan 20, 2012

tahukah anda???

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

- Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Jan 17, 2012

MAAF

paling saket hati bila kita minta maaf dan orang tu buat tak endah je.
padahal perkataan 'MAAF' itu sangat berharga.
bukan senang2 je orang boleh cakap perkataan tu,
kita kena turunkan ego baru boleh nak minta maaf.
dan yang paling penting menunjukkan yang kita mengaku kesalahan sendiri.
da memang lumrah hidup manusia susah untuk mengaku kesalahan sendiri bukan?

so bagi aku, kalau ada orang buat aku marah dan hanya perkataan maaf yang mampu keluar daripada mulut dia.
aku akan maafkan orang tu.
aku cepat okayy dan takde marah2 lagi da.
sebap aku tahu perkataan maaf itu sangat mahal.

lagipun, bukankah memaafkan kesalahan orang lain itu akan buat kita rasa lebih lega. kan...


*****

semalam gua rasa saket hati sangat2 dan macam biasa lah.
 aku cepat2 amek wuduk pergi solat.
back to basic guys, apa2 hal mesti kita refer pada yang SATU tu kan.
tak kira lah sama ada kita tengah gembira, sedih atau bersyukur dengan nikmat mahupun tengah mengalami tekanan jiwa mesti kita akan mintak petunjuk daripada ALLAH S.W.T kan.
semua hal kita mengadu dekat DIA.


so rasa better sikit lah, dan yang penting kena share your problem dekat someone baru akan rasa saket hati tu hilang.

harini, ALHAMDULILLAH pagi2 da dapat berita baek punya...
hihihi tak sia2 stay up for OT dan kerja time new year. heee
budget untuk roadtax kereta settled! SELAMAT!!!

kira saket hati semalam dibayar dengan rezeki yang melimpah ruah.
syukur sangat2...
orang sabar selalu dapat lebih. #berpegang dengan kata2 itu.



btw, this song really describes how i feel today...


DON'T CARE ABOUT OTHER PAIN IN FRONT OF ME,
CAUSE I'M JUST TRYNA BE,
 HAPPY!











Jan 12, 2012

DEPRESI

DEPRESI atau TEKANAN.
yakni bila seseorang itu sedang dalam situasi yang sedih atau gangguan emosi yang boleh membuatkan dia hilang tumpuan pada sesuatu aktiviti.

bilakah seseorang itu akan mengalami depresi??
bila seseorang itu hendak memajukan diri dia untuk berjalan ke satu tapak lagi.
dia akan pikir sesuatu yang perlu ada untuk mendapatkan impiannya itu.
sama ada dapat atau tidak itu yang tergolong dalam depresi positif atau negatif.

depresi boleh terbahagi kepada dua...

depresi positif : seseorang itu sedang pikir untuk merancang sesuatu untuk menunaikan impiannya. tumpuan pada sesuatu perkara masih segar kerana sedang berkobar-kobar mahu mengejar impian yang telah dirancang tapi pada masa yang sama takut berdepan dengan kegagalan.

depresi negatif : pikir sesuatu yang sudah dirancang tapi tak dapat. seseorang itu akan mengalami gangguan kosentrasi dalam sesuatu perkara. macam orang cakap hilang fokus. itu yang bila tak dapat apa yang kita nak or tak dapat buat sesuatu tu mesti kita akan mengamuk kan. (tujukan kepada diri sendiri, kbai)


depresi, semuanya bergantung pada permainan minda kan.
#sekadar pendapat.


*****

sekarang ni, aku sedang mengalami depresi positif.
tengok kawan2 semua sudah mula berjalan, aku masih merangkak.
rasa agak sedikit tergugat.
so, aku tengah planning something yang boleh memajukan diri sendiri.
*kind a weird, eventhough right now we're having a different life not under one roof (in class) but we're still compete with each other. mood nak bersaing itu masih didalam jiwa.

ini yang orang cakap bersaing secara sihat, even aku tak dapat apa yang kawan aku dapat tapi aku masih tumpang gembira dan mendoakan kejayaan kawan2 aku.
tapi pada masa yang sama sibuk bersaing untuk memajukan diri.
dan berharap agar aku boleh mencapai impian aku sendiri dan bukan sebap nak tiru lifestyle dorang.

hey, bukan semua benda kita boleh buat dan dapat.
ikut kemampuan masing2 lah, at least kita berusaha nak memajukan diri sendiri kan daripada masih tersekat dengan kehidupan lama yang membosankan. durhhh =.=













sekadar renungan#

mama : nenet, hidup ini jangan nak dengki dekat orang sangat.
kita jangan buat jahat dekat orang. nanti diri sendiri yang kena balek...


#pagi tadi aku dan mama tengok BEKAS kawan papa, hidup gelandangan. hidupnya sekarang tak tentu hala. apa yang dia buat dekat orang telah pun terjadi dekat diri dia balek. #TRUESTORY

p/s : kenapa BEKAS KAWAN?? sebap dia pernah buat papa dengan mama gaduh besar. die pernah hasut papa macam2 dan last sekali papa decide taknak kawan dia da. (macam budak2 kan, maen taknak kawan ni)

Jan 6, 2012

HARI BARU dan NIAT BARU


bila masuk tahun baru je, dengar la orang selalu tanya pasal azam baru kita apa kan??
well for me, hari2 aku ada azam baru.
tak semestinya bila tahun baru je perlu tukar azam baru.

aku pernah dengar pakar motivasi ada cakap yang sepatutnya, setiap hari kita kena istiqamah diri kita.
review balek apa yang kita buat sepanjang satu hari ni.

itu yang bila masuk tahun baru, baru lah sibuk manusia2 yang baru sedar diri ni nak review balek apa yang nak kena buat untuk perubahan diri sendiri.
gilaaa apa nak review 365days for only one night???
memang tak ingat la kan apa yang kita da buat dalam masa setahun ni.

so, yang seeloknya kena istiqamah diri sendiri setiap hari.
apa yang kita perlu ada untuk kebaikan diri sendiri.


*****

macam aku....
korang tahu kan aku ni cepat melenting.
hot tempered sangat.
aku memang tak reti control.
tapi aku cepat okayy la.
if orang tu buat aku marah and dia mintak maaf, aku terus okayy.
takde la simpan dalam hati.

aku rasa sekarang musim marah aku makin mendadak sebap nak end of year kan.
rushing nak close account.
so stress kerja, lepas tu benda kecik pun nak marah.
hahahaha bila da marah tu tak paham2 lagi ke.
mesti la aku pujuk balek orang yang aku marah tu kan.
tapi kadang2 orang tu yang salah aku jugak nak kena pujuk.. aittt

sekarang kerja semua da siap, da closed account da pun.
soooo boleee relax. yahoooo! no tension2 da. hehe

lepas ni nak maintain taknak marah untuk setahun. hahaha
zzZZzzzZZz tipu lew tewww~ kbai


HELLO 2012, PLEASE BE NICE TO ME ;)


psssttt, lupa pulak nak cakap azam baru aku,
nak LEBIH FOKUS dengan apa yang aku buat sekarang. hehe
takde la, azam baru aku semata2 nak jadi lebih fokus je kan.
actually, aku nak belajar menjahit.
azam baru nak design baju sendiri. ;)

p/s : khas ditujukan untuk sahabat2 blogger. suka ngat perli aku naaa... T__T













Jan 4, 2012

ketar lutut aku doii. durhhh

hari isnin lepas,
lepas keluar dari office, betul2 dekat simpang ada pegawai JPJ buat roadblock.
aku da cuak da. kereta depan aku kena tahan.
asal aku nak cuak pulak??
macam ada buat salah je kan. haha

monolog : selamat da pakai sit belt awal2. kalau tak free2 je dapat surat cinta daripada pakcik JPJ tu kan. haha


on the way nak balek tu, macam biasa la.
suka drive syok sendiri tau. haha

lepas lalu bumper, aku dengan ghairahnya press minyak.

tiba2, keluar satu kereta myvi cream colour.

SIAL! terkejut aku!
dengan pantasnya aku menekan break.
tak pasal2 emergency break dekat situ.
apa lagi dengan sekuat hati la aku tekan hon kan.
semua orang tengok...

aku rasa kalau break kereta haus memang aku melekat dekat kereta dia.
memang gampang gila perempuan tu.
perempuan ca ya nun alif.
yang aku bengang tu dia tak pandang muka aku langsung.
aku rasa macam nak kejar je dia.

angkat tangan or say sorry it's enough for me.
ni tak pandang langsung.
lagi membara hati aku.
arghh geram pulak aku cerita pasal ni...

actually perasaan aku time tu memang aku nak langgar je dia.
tapi aku terpikir nanti kemek pulak casey kan.
dengan aku ni still under P license. durhhh
mesti macam2 nak kena settle nanti kan.
*bukan nak pikir nyawa kau terbang kan. pikir kereta lak =.=


tu yang aku break emergency tuh...
seriusly dekat gila kereta aku dengan kereta perempuan tuh! hurh...
memang ketar lutut aku kot.
da lah gigil cuak masa lalu depan pegawai JPJ tu tak habis lagi, tambah pulak dengan gigil nak kena langgar.

aku ingat kau sampai bila2 perempuan ca ya nun alif!!!
memang kau tergolong dalam road bastard!

*****

aku macam perasan one thing la.
ada je manusia2 nak buat aku marah time aku tengah bawak kereta kan.
asal heh =.=


bila ingat balek, kalau aku tak tekan break mesti aku da arwah kan.
tak pun paling simple pun kaki kena simen. haha
hmm hmm so sayangilah orang di sekeliling anda sebelum terlambat. wassalam~