Dec 30, 2011

laaaaa baru perasan...

masa tengah drive...
monolog : asal ada bau tayar pulak dalam kereta aku ni???

pandang sit belakang...
hahaha gelak sorang2.
aku baru perasan da 4 hari aku bawak tayar kereta aku ke hulu ke hilir.
da sampai KLCC kot.
boleh pulak ada tayar dalam kereta. siap bawak jenjalan lagi tu. durhh

hari selasa lepas tayar casey pancit.
aku tak perasan pun, relax je tayar pancit bawak kereta sampai 80km/j.
ada abang tu siap tunjuk dekat aku lagi yang tayar pancit. ceitttt


bila sampai office menggelabah la tengok tayar.
perghhh memang tinggal sport rim je kot.
angin langsung takde.
asal aku tak rasa eh???


so, call la papa suruh datang tengok.
last2 papa pergi kedai tayar beli tayar second hand. wuwu
thanks to my hero, nasib baek papa ada tolong tukarkan tayar. hehe


yang tayar lama tu pam tak tahu nak buang dekat mana.
aku pun letak la dalam kereta, sampai tak ingat.
sebenarnya nak bagi orang cina dekat rumah aku tu.
dia suka menanam, boleh bagi dekat dia.
suruh tanam pokok dalam tayar tu kan. haha
last2 lupa sampai harini. bagus reen~


ni mesti hari isnin haritu punya pasal.
mak aku ajak pergi kilang perabot.
bajet nak beli meja la konon....
meja tak dapat, tayar kereta aku yang hancur, duet aku yang kopak! cisss del!


*****


by the way, harini minah gemok gedempol tu tak datang lagi la.
hari jumaat je kau cirit birit kan. pelik aku...
banyak kerja ni boleh pulak tak datang.

malasssss gilaaaaaa...
da la esok kena datang office jugak.
kerja kerja kerja.

tunggu lah, bonus nanti nak ca alip but. CABUTTT!!!
HAHAHA


baru aku perasan dah 2 minggu berturut - turut aku jadi bangla weh.
ni cuti new year pun kena jadi bangla lagi. demm!
benciii..... time new year la, account deparment je yang kena kerja. wuwu


orang bangla je kerja hari sabtu ahad reen woiii~~













Dec 28, 2011

i'm fasting today!

Assalamualaikum buat pembaca setia...

Bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


HARINI SAYA BERPUASA...

da lama aku tak rasa erti kelaparan.
mana tak nya, kalau rasa lapar sikit terus cari makanan.
aku pun da molat semacam ni.
so, aku pun rasa nak berpuasa la. hehe

lagi satu aku nak handle amarah aku ni.
asyik nak marah je.
bila puasa kan tak boleh marah2.
tak boleh mencarut bagai...
setakat ni takde apa2 lagi yang berlaku yang boleh menaikkan kemarahan aku kan.
even tension dekat tempat kerja pun masih boleh senyum2. heee ;D


*****
korang jangan nak cerita pasal makanan pulak dekat sini eh.
memang kena penampar kang. hahaha
yeah! puasa time hari kerja memang tak terasa sangat.
balek2 kerja je da boleh terus melantak. hehe


two in one, berpuasa tu alang2 boleh diet sekali. muahahaha
padahal dalam otak dok pikir mama masak apa. hihihi



i'm wonder, mama masak apa harini eh???
fyi, bila aku puasa. mama selalu masak sedap2. hmm hmm
reen, no food is allowed to be mention here. makruh2 =.=



pssttt, time2 ni jugak lah hwa tai bagi biskut free kan.
selamat la puasa... kalau tak da lama kena ngap.
makan dekat rumah sudah. haha













wordless wednesday ~ 6

AMIN...



AMIN...



highlighted : isteri soleha... semoga doa member aku menjadi kenyataan. amin.. hihihihi

p/s : tapi aku pelik, dua kali dia puji aku bertubi2 ni. ni mesti nak apa2 lew tewww kan ain. ahakss











EXHAUSTED!!!

semalam aku half day kerja sebap nak pergi bayar annual membership of ACCA tau.
so, akak aku ada lah suruh bayarkan sekali duit kereta dia dekat bank RHB.


*****

aku : akak, saya nak bank in duit la.
kakak tu : berapa amount?
aku : rm400 je.
kakak tu : kena bank in thru cash deposit machine la.
aku : kenapa tak boleh ke kalau thru kaunter?
kakak tu : takde la boleh je tapi encouraged bank in thru machine sebap bawah rm1000.

*ekeleh! aku da buat muka da.
hak kita sebagai pengguna kan, kenapa tak boleh pulak.

aku : ni kakak saya punya la, dia suruh saya bank in thru kaunter.
nanti dapat receipt deposit slip tu tulisan dia hilang.
kakak tu : takpe, meh akak ajar.

monolog : eh, perempuan ni... celah mana yang dia tak paham aku cakap ni. aku rasa aku cakap bahasa melayu =.=

aku : akak paham tak, nanti saya yang kena mara. kakak saya suruh bank in thru kaunter je.
kakak tu : kenapa, tak percaya ke??
aku : bukan tak percaya, akak paham ke tak ni??!! takpela...


*****
yeee aku da mengamuk da dekat dalam bank tu korang tahu tak.

bengang la. da la macam2 kerja lagi nak buat.
ingat half day tu lama ke???
nak pergi singgah banyak tempat lagi.
boleh pulak perempuan tu tak bagi bank in.


sebelum aku memperbodohkan diri aku dekat situ dan kurang ajar dengan kakak tu, baek aku berambus.

so, on the way nak pergi maybank tu aku dok ingat balek muka akak tu, ayat2 dia.
yeeeeee bengang gilaaaaa la.
ada jugak manusia macam tu lagi.

bila bengang aku bawak kereta laju2 la.
aku baru perasan, ni kali ketiga aku drive time tengah marah. errrr

bengang sangat sampai aku tumbuk stereng kereta.
okayy, admit it. tangan aku la saket kan.


tiba2 aku menangis. durhh nangis???
menangis bukan sebap aku bengang dekat kakak tu.
sebap aku EXHAUSTED. aku PENAT.
penat dengan masalah2.

aku baru perasan yang aku ada banyak masalah tapi aku tak hiraukan.
lepas tu bila timbul masalah laen, aku terkenang balek masalah yang lama.
membuatkan aku rasa penat sangat dan rasa macam nak let go semua.

haaiii, manusia2...
memang lumrah yea. bila dijentik sikit dengan masalah terus give up??
what happened? da sampai separuh jalan kot.
sikit lagi nak sampai penamat.

okayy2 aku decided nak teruskan jugak perjuangan aku sekarang.
nak lari mana?? memang kena hadap jugak masalah kan.
cuma aku lebih berfikir dari segi positif la.
walau masalah itu sekecil zarah sekalipun, anggap lah itu sebagai cabaran untuk melangkah ke arah yang lebih maju.


ingatlah, manusia memang takkan berjauhan dengan masalah.










Dec 21, 2011

sekadar renungan#

ramai yang terima nasib yang lebih buruk daripada kita,
tapi kita diberi akal untuk mengubah nasib kita. - dipetik daripada sebuah drama tv3.



#sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri.

tahukah anda???

siapa selalu dapat mimpi buruk atau pelik2???

time nak tido jangan lupa baca,
Bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


tahukah anda,
membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali sebelum tido akan mengelakkan daripada mendapat mimpi pelik2.


RASULULLAH S.A.W membaca surah al - ikhlas sebanyak 3 kali sebelum tido umpama seperti telah khatam al - Quran sekali.


Dec 20, 2011

sebab aircond

heshh kang tak pasal2 sebap aircond ada jugak yang bermandi darah dekat hwa tai ni kang =.=


tadi lepas solat aku mengular jap 45minit tanpa aircond.
tu pun sejuk masih tak hilang lagi.
yeee kalau sejuk sangat aku tak boleh buat kerja.
lantak ah, buat kerja slow2 je ni. haha jahat gilaaaa makan gaji buta eh reen.


masuk office balek still lagi sejuk.
dorang ni suka bukak aircond besar2 apahal eh??
pelik aku.
aku da beku da ni...
siap pakai sweater, pashmina dengan stokin bagai still rasa sejuk.
da macam orang lepas pantang da aku ni tau. hurh!

TULA MAKAN BABEEE BANYAK SANGAT!!
TU YANG MACAM CACING KEPANASAN JE MEMANJANG!!
GERAM PULAK AKU!!

errr, betul ke makan babee badan jadi panas??
aku selalu dengar orang cakap macam tu. haha

nak je aku tunjuk belang aku, selamat la aku masih respect kau sebap kau da kerja dekat sini 10 tahun!
kalau tak memang masuk surat khabar muka depan lah,

pekerja bunuh sesama sendiri sebap aircond. haha










Dec 19, 2011

kasih sayang kakak membawa ke syurga

harini aku sokong pada pepatah melayu yang mengatakan,


AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS.

semalam (malam) aku bergaduh dengan kakak aku.
sampai buat mama menitiskan air mata.
*so korang bayangkan teruk tak kteorang gaduh ;(
is not like macam perempuan bodoh yang gaduh tarek2 rambut tula. huhu
dan time tu jugak aku bawak kereta.
tengah berang dan2 lah banyak pulak kereta buat taek atas jalan raya kan.
haremmm... break emergency aku doiii
hampir accident semalam. hmm hmm

aku pelik, time aku tengah membara lah time tu jugak la aku tengah drive.
apahal entah.
selamat takde pape. huhu


tapi harini da okayy lah.
ada la some girls things diselesaikan. ahakss
balek nanti ada date dengan dia.

aku sayang kau pi dan aku respect kau.
that's it...
even aku tak panggil kau kakak, it doesn't mean i never respect you.


*****



hmm hmm saket gilaaaaaa belakang aku.
rasa macam nak suruh orang patahkan je tulang belakang aku ni.
demmit sakittttt ;(
nak suruh kau picit boleh pi?? hihihi


aku rasa....
hmm hmm

aku kena pergi holiday lah. hahahaha


okayy, tajuk entry takde kaitan pun dengan apa yang pengarang cuba sampaikan. durhhh =.=









respect

semalam aku balek kampung! dekat muar, johor.
naek kereta baru. haha hanya rm50 je untuk minyak pergi balek weh.
tu pun sempat jalan2 dekat melaka tau.
siap hantar kakak dengan adek aku balek lagi, still ada balance untuk pergi kerja seminggu. hehe


saya suka myvi baru lagi best saya!
myvi best wok ow ow~


atually balek kampung atas tujuan nak attend majlis kawen sedara.
dulu aku pernah cerita kan yang aku pernah kena tackle dengan anak buah sendiri??
tapi yang kawen tu cousin lelaki, yang suka cakap aku ni awek dia.
macam biasa la kan dorang ni suka membahan je memanjang.
bak yang tua dan yang muda, sama je.
tapi fun la at least riuh rendah jugak suasana kan.
kalau balek kampung mesti kena bahan la. heshhhh


tapi bila jumpa or gathering sedara2 dekat or jauh ni.
perkara wajib is kena bersalaman kan.
i mean takde la wajib dari segi agama.
kang tak salam kang dapat dosa pulak kan.


aku nak higlight dekat sini, salam tu wajib bila ia melibatkan hormat.
kita salam orang tu sebap adab2 dan menunjukkan yang kita hormat orang tu kan.
so bagi aku tak kira la kita muda dari orang tu or lagi tua dari orang tu, kena jugak salam.
usia tak membezakan manusia untuk saling hormat antara satu sama lain.


pada pendapat diri aku sendiri, tak kira orang tu beza umur even tua setahun daripada aku.
if aku respect orang tu, aku salam dan cium tangan dia.

that's why kalau first time jumpa aku tak terus salam, aku tengok dulu gaya dia.
kalau gaya dia boleh buat kita respect dekat dia, memang aku salam dan cium tangan.
kalau perangai macam haram... salam terus belah jela kan. haha
so, point dekat sini... pergi mana2 pun jaga kelakuan anda!
siapa2 pun akan tengok kelakuan kita, mungkin orang tu da kenal or mungkin orang yang jumpa for the first time pun akan tengok kelakuan kita.

bak kata orang : first impression describes everything.

first impression boleh buat orang respect kita or biadap dengan kita.

so pilih, kau nak orang respect kau atau biadap dengan kau???
kalau nak orang respect kita, kita pun kena respect orang jugak.


my lecturer always mentioned this : if we respect others means we also respect ourselves...









Dec 16, 2011

BONDA VS MAK MERTUA

"net, kalau mak mertua kau buat macam tu dekat kau memang mama bagi dia cukup2. senang2 je nak buat anak aku macam tu kan".


rasa macam disayangi je bila mama cakap macam gitu. auww~
olooo terharu aku dengar.
see, itulah yang dipanggil kasih sayang ibu tiada penghujung nya.


ni pengaruh drama episod melayu yang tengah meletup kebabomm lew teww!
sekarang ni kan tengah howt cerita Tentang Dhia.

 
dekat tv3 pukul 7pm. tukang promote pulak kan. haha


kenapa isu kasih sayang ibu dan mak mertua dibangkitkan?
sebap dalam cerita Tentang Dhia tu mak mertua dia tak suka dekat dia.
lepas tu mak mertua dok mandrem la, pergi jumpa bomoh suruh hantar santau dekat Dhia ni.
(ni lah cerita melayu, suka sangat selitkan isu kurafat)


mak aku pulak emo tetiba kan tengok cerita tu..
tu yang cakap nak protect aku bagai.
alaaaa... rasa macam nak peluk mama je time tu.
so sweet gilaaaa like cotton candy~ haha


korang pikirkan lah, bila kita berjauhan dengan mak pun mereka masih pikir pasal keselamatan kita kan.
kalau da kawen pun mereka masih nak lindungi kita.
kesan daripada cerita Tentang Dhia la ni, tiba2 cuak pulak nak berdepan dengan mak mertua.
macam mana lah agak2 perangai bakal mak mertua aku nanti eh???

orang kata mak mertua paling susah nak amek hati mereka.
yeee takutnya....
- kena pandai masak sebelum aku kawen ni -


............................

MAK KANDUNG : kadang2 kita merajuk pun mereka masih pujuk kita even kita bersalah. confirm2 lah jadi diri kita sendiri bila bersama mereka. ;)

MAK MERTUA : selalu amek hati mereka pun tak pandang, kadang2 semua benda pun nampak salah kita even kita tak salah. orang pemarah macam aku ni pun terpaksa jadi hipokrit, i mean penyabar sebap nak amek hati punya pasal. =.=


ITULAH BEZA NYA KASIH SAYANG MAK SENDIRI DENGAN KASIH SAYANG MAK MERTUA.
yang penting masa da kawen nanti memang aku takkan lupa pada mak aku sendiri. INSYAALLAH...

*****
hmm hmm tiba2 rasa bersalah pulak.
kadang2 bila aku keluar pun mama dengan papa dok asyik call2.
kadang2 tension pun ada, tanya banyak kali kan.
yea i know KL ni tak selamat.
aku da la suka keluar sorang2 pulak tu kan, mana mereka tak risau.
hukhuk maafkan nenet, papa dengan mama.
(nak mintak ampun depan2 macam malu je, ego tinggi kot)


apa2 pun, yang penting mintak izin ibubapa dulu kalau nak keluar mana2 ye adek2.
kita masih dibawah jagaan mereka.
masa kecik kenapa boleh inform mereka, kenapa da besar tua bangka tak boleh nak share anything with them?
ingat... tiada mereka, tiada lah kita.


okayy cukup lah ceramah kita pada petang jumaat yang indah lagi tenang ni.
aku selitkan lagu batu belah batu konkrit.
mula2 dengar macam nak tergelak tapi dengar lirik dia betul2 ada maksud tersirat ;)
dengar jangan tak dengar, support our local music!










Dec 15, 2011

QUOTE#

"Love comes to those who believe it" - Celine Dion



tanya diri kau, kau percaya tak pada cinta sejati???
AKU... PERCAYA.

sekian, entry jiwang di petang khamis.

Jom Melantak???

hahaha untuk pengetahuan korang, aku memang suka makan.
nyam2.. da kira macam hobi pulak. hehe

every weekend, makan dekat luar.
ada orang belanja..
murah rezeki betul la. syukur Alhamdulillah...

ada orang jeles selalu je ada orang belanja aku makan.
aku pun pelik weh, semenjak pakai kereta ni murah rezeki je.
selalu orang nak belanja aku makan.
kakak2 dekat tempat kerja pun selalu belanja makan.
kenapa eh??
padahal aku tak buat muka kesian pun. huhuhu

tapi harini aku tak makan apa2 pun untuk lunch.
percaya tak?? haha
well, biasa lah. nak diet la konon. ahakss
padahal bapak lapar, sat lagi balek rumah tibai nasi tiga pinggan =.=

*****

aku nak suggest tempat makan yang aku pernah pergi dan makanan yang aku pernah rasa time cuti haritu.

yeah! nama tempat makan tu SCRUMMY.
bertempat di jalan ipoh, KL.

ni pengaruh siaran Jalan2 Cari Makan la.
mama nak pergi try sedap ke tak.
not bad lah, tapi mostly semua pasta.
ada jugak nasi2 dan western food.

aku try seafood ala king.
(king celah mana aku pun tak tahu)
price : rm10++ inclusive drink.
(i pick ice lemon tea)

*****

korang dah try tak cheesy bites pizza??
sedap2... da lah aku suka cheese. hehe

umphh dap!
amek untuk 4 orang (pakej). around rm60 jugak lah.

*****

next place, aku bawak korang makan satay pulak.
pernah cuba sate dekat Satay Station tak??
lokasi : Ampang. (dekat2 dengan Bukit Belacan)
dia ada banyak branch tapi aku pergi dekat Ampang.

okayy satay dia memang bapak besar gedabak weh.
perut gajah macam aku ni pun makan 5 cucuk da kenyang.
janji betul!
tapi kalau perut bocor aku tak tahu la kena makan berapa baru kenyang. ahakss
secucuk satay harga rm0.90. huhuhu

wuwu besar kan? mak, LAPAR T__T

*****

perghh! perut aku memberontak nak makan.
serius entry kali ni buat aku rasa nak melantak ayam goreng 3 ketul.
huhu korang tahu kan aku akan buat apa sahaja demi ayam goreng. haha

okayy la nak buat milo oat. k bai
p/s : da agak da, diet kau mesti tak menjadi kan reen. haha

btw, sebelum chaw, nak bagi tips diet.

jangan kasihan pada makanan.

padahal tula yang aku paling lemah sekali.
tak boleh tengok makanan tak habis.
mesti rasa nak makan. wuwu LAPAR TAHAP DEWA.
ayam goreng........ T___T









Dec 14, 2011

AMARAH

Nauzubillah...
harini diri aku deselubungi dengan perasaan marah.
aku memang tengah bengang dengan kawan2 yang tak reti sedar diri ni.

bila nak mintak tolong, tiba2 je muka kau muncul.
bila da dapat apa yang kau nak, lenyap macam pelesit!

perghh! menyirap betul dapat member yang macam ni.

BOLEH JALAN LA KAWAN MACAM KORANG NI!!!


*****

time2 macam ni lah, rasa family la yang paling close dengan kita, yang boleh buat kita bahagia kan.


so, tadi aku balek rumah kejap, lunch dekat rumah.
sekejap je da sampai rumah.
selalu bawak relax2 je, approx. dalam 20 minit jugak la nak sampai kan.

best jugak bawak kereta dengan perasaan marah, 10 minit je da sampai rumah.
semua benda aku nak langgar.

on the way nak balek tadi, ada la beberapa makhluk bodoh menghalang jalan aku kan.

tengah speed ni, ada la orang myanmar ni bongok betul.
boleh pulak naek basikal tunggang ke arah aku, memang kena hon la kan.

lepas tu nak sampai rumah da, ada la negro hitam legam ni.
aku tengah laju kan, yang kau jalan macam betina sundal apahal.
terkedek kedek pulak, memang aku sengaja buat macam nak langgar dia.
boleh pulak mengelak. bodohhh!!!

last sekali burung gagak ni.
sibuk pulak nak merobek2 bangkai tikus dekat tengah jalan tu.
saje aku buat langgar. haha

*****


see, aku tak tahu lah macam mana nak handle kemarahan aku ni.
aku rasa nowadays, mostly entry aku semuanya banyak mengutuk, mengata, mencarut.
astagfirullah al azim...
suka sangat marah2.
dengan burung gagak pun aku boleh nak cari gaduh kan.
reen2 =.=

macam mana korang atasi kemarahan korang eh???
boleh share tak??

kalau aku marah or tengah bengang, aku suka makan... haha
membesarkan perut lebih baek daripada serabutkan kepala dengan benda2 yang tak menguntungkan. hehe

buat masa sekarang, aku set mind aku...
don't let the anger controlling you, just ingnoring them is the best way.

ingat reen,
manusia yang kuat ialah manusia yang dapat menahan kemarahannya.








Dec 10, 2011

FEARLESS

harini buat kerja gilaa, drive ke masjid jamek.
well, korang tahu kan area KL ni memang sangat terkenal dengan jammed.
so kalau bawak kereta manual memang orang cakap boleh kebas kaki woo...

dulu masa mula2 dapat casey, cuak jugak la nak drive laju2 kan.

tapi sekarang ter-press jugak minyak bila orang dok cucuk2 kan. ahakss
best jugak eh maen race2.
tapi bila aku lupa diri sikit, aku terus baca ayat kursi.
hehe takut jugak tetiba kang....
coiiii! selisih 44 malaikat la.

time ni dekat maluri... saje nak posing dengan casey. ahakss >.<

tapi ada one time tu, aku budget teror bawak kan.
padahal tang parking la aku paling lemah sekali.
habes bumper casey.
i'm sooo sorry casey, i never mean to hurt you ;(
tapi selamat calar biasa je. haha

tapi kira okay la kan.
langgar bumper parking je.
orang cakap, orang yang berpuluh tahun bawak kereta pun mesti akan ada excident la.
tak kita yang bawak macam haram, atau orang gilaaa jalan yang bawak macam haram jadah bila kita jadi pemandu berhemah kan. hadoyyy =.=

dulu bila balek kerja, ada tiga tempat yang bagi aku agak gerun la bila lalu jalan tu.


*****
tempat satu : keluar daripada office, lalu depan rumah kedai.
dekat situ selalu jammed, lepas tu lori atau kereta selalu park tepi jalan tu.
bodoh gilaaa, da la sempit lagi nak menyempitkan ruang yang tersedia sempit. pfft!!
(dekat sini la aku naek kuda sebanyak 3 kali)

tempat dua : lalu depan jusco, naek bukit. lepas tu ada lorong kecik. kereta selalu keluar daripada lorong tu, lepas tu buat kereta semua brek dekat bukit tu.
(kat sini jugak lah aku pernah terbenti enjin.)

tempat ketiga : da nak sampai rumah aku ada traffic light, jalan situ macam bukit sikit tau.
so, macam biasa la kan naek kuda =.=

*****

tempat2 yang gerun tu semuanya sudah aku atasi. hehe
bagi aku, lagi aku fobia dekat sesetengah perkara tu, lagi aku rasa nak buat.
macam dekat tempat2 yang aku cuak nak lalu la.
lagi aku selalu bawak ke tempat2 yang ada bukit, banyak traffic light.
see sekarang relax je bila lalu dekat tempat2 berbukit ke.
or jalan jammed ke.

nak atasi semua tu senang je.
korang kena tahu weakness nya.
aceceh... korang kena pandai maen clutch la.
da expert maen clutch, semua tempat pun korang relax jela bawak kereta melaenkan korang lalu dekat tempat roadblock dan time tu jugak la roadtax mati kan. demmit =.=

semua orang ada ketakutan dengan bayang2 sendiri, cuma berlainan jenis.
so, jangan gelisah or malu2 dengan ketakutan korang tu.
bila da dapat atasi ketakutan tu, mesti korang akan cakap,
"laa, takda apa2 pun sebenarnya. syukur Alhamdulillah aku try nak atasi semua tu, kalau tak sampai bila2 pun aku masih tersepit dengan ketakutan sendiri". - #truestory







Dec 9, 2011

PADAN MUKA!!!

PADAN MUKA!!!
itulah ayat yang terkeluar daripada mulut aku bila dengar cerita yang mama sampaikan.
tak tahu lah nak cakap, jahat ke aku sebap cakap macam tu???


situasi : si ibu dipukul oleh anak kandung sendiri yang berumur 12 tahun.
sebab : si ibu menegur anak kerana terlebih makan.


memang ada rasa kasihan. tapi...
the first word that came out from my shitty mouth is PADAN MUKA.

yea, KASIHAN sangat sebap kena bantai dengan anak sendiri kan.
tapi one thing je aku nak cakap,
masa hidup ni jangan la kita buat jahat dekat orang.
tak payah la nak dengki2 or buruk2 kan orang laen.
sekejap je ALLAH bagi cash.

see, anak kau sendiri yang buat balek dekat kau.
tak payah orang laen la nak balas kejahatan kau tu.
ALLAH MAHA ADIL.


kau ingat orang suka ke kalau kita buat tahi dekat dorang,
sekali kita buat jahat, selamanya dorang ingat kau tahu.


hmm hmm

actually, si ibu tu adalah auntie aku sendiri. tetttt!!!








Dec 8, 2011

I JUST NEED MY OWN FUCKING SPACE!

perghh! sekarang ni aku asyik keluar je.
tapi mostly keluar dengan family la.
shopping sakan. melantak dekat luar.
orang belanja, takkan nak menolak pulak ka. haha!
tu okayy lagi, at least kenyang perut ke dapat baju sehelai ke.

tambah stress aku bila dekat tempat kerja ni.
arghhh! makin hari makin tambah kerja aku.
ditambah lagi perangai badak kat tempat kerja aku ni kan.
memang boleeh jadi, jadi gilaaaa weh!!!
sekarang ni memang hari2 aku buat ot.
da nak end of the year pulak tu.
kerja menimbun-nimbun kot...

lepas tu bila online asyik layan fuckbook je.
arghhh lagi fucking tension aku.
bosannyaaaa! takde mende laen ke nak online.
nak update entry baru pun tak sempat.
macam bosan je dok mengadap fuckbook.


seriously, i have no time for myself!
rasa macam tak best.
dan mula rasa macam stress memanjang...
even aku suka keluar lepak2 tapi aku lagi sukaaaaa keluar sorang2 sebenarnya. haha
dengar macam takde life dengan takde member je kan.

aku rasa kalau orang tengok aku mesti dalam hati dorang pun cakap,
"yeee kesiannya budak tu, takde orang nak kawan dengan dia. shopping sorang2, tengok muvee pun sorang2. kesian gilaaa".

well, nak buat macam mana. aku lebih selesa lepak sorang.
sukaa tengok gelagat manusia di sekeliling aku.
contoh macam aku duduk sorang2 kan sambil tengok orang lalu lalang.
make me thinking one thing, about appreciation.
looking at people that you don't even know, just makes you want to stare at them and gives a BIG SMILE.

****

golongan warga emas berjalan berpimpingan tangan dengan kekasih awal dan akhir mereka.
budak2 berlari-lari anak sambil berkejaran dengan kawan sama tinggi.
pasangan kekasih tergelak2 manja dengan kedua-duanya berpandangan antara satu sama lain dengan penuh perasaan setia.
si ibu sibuk melayan karenah baby sambil mulut sempat mengucup pipi gebuww si anak.

*****

wee, buat kita rasa bahagianya hidup ini bila tengok orang gembira kan.
tak ingat pada masalah yang padahal belambak tinggi macam gunung nak meletup.
ceh, ayat kau reen =.=

tula, aku suka berfikir.
lagi2 pasal keadaan sekeliling aku.
and i start to planning my life.
sukaaaa lah!
buat otak aku rasa sihat dan fresh.
mula mencorakkan hidup yang makin luntur dengan masalah.
aku suka berfikir untuk bagi semangat baru, untuk berubah, untuk buat hidup aku lagi menarik daripada biasa yang selalu aku jalani.


kesimpulannya dekat sini, makin banyak kita berfikir makin aktif minda kita dan lagi bersemangat untuk menjalani kehidupan yang normal but fun! weee
so, aku kenaaa ada masa untuk diri aku sendiri hanya untuk berfikir sehari suntuk.
tapi aku pelik, bab2 pelajaran takde lak otak aku nak pikir macam Albert Einstein tu kan =.=


but at least aku ada masa untuk diri aku bila aku drive kereta pergi kerja dengan balek kerja.
da boleh layan lagu sambil nyanyi kuat2 da sekarang.
bawak kereta pun guna sebelah tangan je.
ahaksss berlagak sekejap.
okay baibai.







Dec 7, 2011

sekadar renungan#


Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang sepadan dengan anda:
“..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu..




#peringatan kepada diri sendiri jugak.

Dec 6, 2011

entry banyak mencarut... 18SG

pagi2 da bikin gua panasss!!!
aku rasa da berapa kali perempuan ni bagi aku bengang tau.
kau yang buat salah tapi nak salahkan aku pulak.
tak ke macam haram tu!


cerita dia macam ni...
alicia (bos) suruh aku bagi kerja dekat minah ni.
fotostat and asingkan invoice.
okayy la aku da sampaikan.

suruh buat pagi semalam,
lepas tu supplier datang petang tu dia tak siap lagi.
alicia tanya baru la tercungap cungap sambung buat kerja.
padahal dari pagi dok layan fuckbook kau tu dengan tengok movie kan.
macam babeee je.

harini nak hantar dekat supplier laen pun kau masih tak siap lagi kan.
rupanya dia salah buat.
patut la lambat semacam je.
lepas tu dia salah kan aku sebap bagi info salah.
weh bongok, aku bagitahu kau semalam kan.
da tu kau asyik mengadap fuckbook je memang la kau lupa apa yang aku cakap.
focus lari, asyik focus dekat fuckbook je.
okayy la aku diam..
monolog :  maybe betul kot aku salah cakap dekat dia.

okayy tapi muka aku da merah padam da sebap tahan marah.
lastly dia tanya alicia balek macam mana nak asingkan invoice tu.

minah gemok gedempol : alicia, macam mana nak asingkan ni??
aku : ...diam. sambil dengar apa yang alicia nak cakap. sebap alicia duduk sebelah aku je. so, aku boleh dengar la.
alicia : yang kuning attached dengan merah, blablabla...
aku : betul la aku cakap kan!!!


tiba2 aku tersampuk pulak perbualan dorang. wuppss!
aku da bengang sangat da time tu.
tula aku cakap kalau aku tengah marah selagi boleh tahan, aku diam je.
nampak sangat aku da geram sangat da sampai tersound pulak depan bos.
alamksss, habes gaji next month aku =.=

yelaaaa, siapa tak bengang.
betul la bodoh apa yang aku cakap dekat kau semalam.
apahal la bengap sangat kau tu.
sial la. da buat salah lepas tu nak salahkan aku pulak.
aku tahu la apa aku cakap sebap aku selalu buat benda tu.
asal aku buat okayy je, kau tu yang leembaap macam sipuutt babee!
da lah aku siap tolong buat kerja kau kan.
HAARRRRAAAMMMM!!!!

yeee!! tula susah budak bawah umur ni, tahu nak merendek je.
kerja satu apa pun tak boleeeh!
tapi badan dia besar daripada aku la. haha
gemok gedempol tendang masuk gol taek seketul!!!

entry aku yang paling banyak mencarut tanpa ditapis.
hahahaha okayy aku rasa jahat sikit dekat situ.
tapi aku peduli apa kan!