Jan 27, 2012

KARENAH

harini aku da start kerja.
memang rasa agak malas sebap aku dengan bos aku je kerja (yang laen tengah syok cuti!),
 but at the same time rasa macam semangat nak mengadap kerja yang da lama ditinggalkan. hehe

pagi2 lagi time tengah bersiap nak pergi kerja,
boleh pulak dengan rasa penuh kesabaran aku melayan karenah nenek aku ;)


tak tahu la kenapa,
padahal aku da lambat nak pergi kerja ni tapi aku boleh pulak rajin jawab semua pertanyaan nenek aku.
nenek aku da berumur dekat 80tahun (aku rasa la),
lepas tu banyak tanya and i'll keep repeating the same answer!
*sebap nenek aku tak dengar. huhuhu T__T


kau bayangkan lah...
aku tengah rushing bersiap2 ni, lepas tu nenek aku tanya macam2.
and then nak kena jawab kuat2 (bukan jerit okayy) dan ulang jawapan sama.
memang rasa annoying kan pagi2 da kena soal siasat macam polis pulak tapi aku tak rasa nak marah pun.
maybe tengah good mood kot. ahakss

lagipun sekali sekala je nenek aku tido rumah kan,
layan dia it's okayy with me.

cuba korang pikir kalau time korang tua2 nanti.
agak2 mesti lagi banyak tanya kan, so korang rasa cucu2 korang dengan penuh adab sopan rajin tak nak menjawab dan layan karenah korang???
hmmm mintak2 lah aku dapat didik anak2 dan cucu2 aku dengan peribadi yang mulia. amin... hehehe

*memang jauh dah berangan pagi2 ni. kbai

pernah dengar kan orang cakap...
kalau kita jahat time kecik2 dulu, nanti anak2 kita lagi jahat daripada kita.
bapak borek anak rintik???
boleh guna lagi ke pepatah tu??
aku rasa apa yang membentuk akhlak kita disebapkan pemikiran kita sendiri.
kita yang decide nak jadi macam mana kan.
bagaimana aku???
aku pun masih mencari identiti sendiri.
sebap kadang2 kita sendiri pun tak kenal kita siapa bukan.
asing kepada diri sendiri........................












27 comments:

SM said...

rintiknya anak tu bergantung jugak kepada bagaimana boreknya bapa, lagi pun faktor luar lagi kuat main peranan.

reen afny said...

hahaha kalau bapak kedekut, anak dia bakhil la. haha
haaa tahu takpe. kadang2 influence daripada kawan pun memainkan peranan jugak. huhu

SM said...

zaman sekarng ni susah nak ramalkan. aku yang dah masuk kategori veteran ni pun pening kepala.

reen afny said...

huhu yang penting kawan la memang senang bagi impak kat kita kan. huhu so, pandai la cari kawan yea. hehe

ralphrazaq said...

aku kawan yang baik kan??

SM said...

eleh, si ralph ni tiba-tiba nak ejas nampak... kbai.

reen afny said...

ralph... lalalala tak tahu. cuba tanya bro SM ngan bro tp. hihi

reen afny said...

SM... baibai (^___^)

Telor Power said...

reen : k, ralph kawan yg baek, dgn aku setakat nie tiada masalah, tapi dia ngan SM hmmmm....no komen.

reen lagi : bapak borek anak rintik hanya bley pakai bila ada persamaan spt ko cakap tadi, spt kedekut dan bakhil. tapi tak boleh pada aku pasal bapak aku mesra dan peramah, tapi aku pendiam.

(pendiam ker aku nie)

reen afny said...

tp.. haha ralph memang kawan yang baek pun. saje dok sakat dia. hihi


tp lagi... woww! kau pendiam ke?? macam rancak je berborak dalam blog. hehehe

Telor Power said...

kehkehkeh.....ada ko dengar suara aku reen, ko baca ajer kan,x dgr kan. ada...ada...?

aku percaye, masa ko baca komen, baca entri dan balas komen pun dalam hati. hanya jari yg bergerak tuk menaip.

kehkehkeh......

(sakat ko plak)

reen afny said...

haha betul la tu baca je. huhu
perghh jahat.. sentapp! kbai. kahkah

Telor Power said...

reen : kehkehkeh

dEwy said...

Anak pengali kubur akan end up with kerjaya sebagai seorang pengali kubur SEKIRANYA beliau yang memilih untuk jadi macamtu.

I've through it, arwah atuk aku sangat cool and bnyk cakap. Plus he's a Alzheimer. He's staying with us dalam beberapa bulan, but honestly i enjoy taking care of him. Bersembang dgn org tua, layan dengar cerita2 depa. Satu pengalaman yang sgt best.

I do missed him, and i also cried waktu jaga dia. Banyak benda jadi, but he's a great person. Semoga rohnya dicucuri rahmat, al-fatihah.

reen afny said...

dEwy.. yupp betul. dia sendiri yang decide nak jadi macam tu.

huhu kalau bersembang dengan arwah atok kau kena cakap kuat2 dan kena ulang ayat yang sama tak?? kalau tak. well, we had a different situation. huhu

al-fatihah buat beliau...

ralphrazaq said...

Reen - kau nak buat reunion ea?

p/s aku nak komen kat entri SM tp dia dh disabled komen plak...

reen afny said...

yo2.. da boleh komen balek la. haha dia majok sekejap je tu. huhu

SM said...

ralph : patut la aku tercekik tulang ikan jaket tadi. ada orang taip nama aku rupanya...

ra : apa kes ni, main merajuk pulak.

reen afny said...

haha bukan majok ke? kalau kau tengah emo kan kau suka disabled komen. huhu

SM said...

stone cold steve austin merajuk? aku punya entri ada sesetengahnya tak perlukan komen SEBAP ada yang bersifat seperti notis pemberitahuan atau siaran akhbar. tapi hari tu lupa pulak nak `disable'kan awal-awal. masa tu pun aku kat penang, kalut sikit.

O CIKTEDDY said...

layan org tua kena sbar yg mmg amat..insyaAllah ade ganjarannya..

reen afny said...

SM.. kahkah stone cold ke?? dia da tak maen wrestling la. da pencen. ooh yeke.. ingat merajuk. huhu

reen afny said...

cik teddy... huhu tahu takpe. malangnya, saya bukan orang yang penyabar. huhuhu tapi.... sedang berlatih untuk jadi orang yang sabar ;)

SM said...

kalau aku tua tu betul, tapi pencen belum lagi. busy sikit la, balik dari penang ni.

reen afny said...

kahkah... ooh yeke. patut la. huhu

SM said...

aku keliru, KERENAH atau KARENAH? yang mana satu betul.

reen afny said...

haha kau cakap macam tu baru aku perasan. aku rasa kerenah kot. entah2 tak tahu =.=