Dec 28, 2011

EXHAUSTED!!!

semalam aku half day kerja sebap nak pergi bayar annual membership of ACCA tau.
so, akak aku ada lah suruh bayarkan sekali duit kereta dia dekat bank RHB.


*****

aku : akak, saya nak bank in duit la.
kakak tu : berapa amount?
aku : rm400 je.
kakak tu : kena bank in thru cash deposit machine la.
aku : kenapa tak boleh ke kalau thru kaunter?
kakak tu : takde la boleh je tapi encouraged bank in thru machine sebap bawah rm1000.

*ekeleh! aku da buat muka da.
hak kita sebagai pengguna kan, kenapa tak boleh pulak.

aku : ni kakak saya punya la, dia suruh saya bank in thru kaunter.
nanti dapat receipt deposit slip tu tulisan dia hilang.
kakak tu : takpe, meh akak ajar.

monolog : eh, perempuan ni... celah mana yang dia tak paham aku cakap ni. aku rasa aku cakap bahasa melayu =.=

aku : akak paham tak, nanti saya yang kena mara. kakak saya suruh bank in thru kaunter je.
kakak tu : kenapa, tak percaya ke??
aku : bukan tak percaya, akak paham ke tak ni??!! takpela...


*****
yeee aku da mengamuk da dekat dalam bank tu korang tahu tak.

bengang la. da la macam2 kerja lagi nak buat.
ingat half day tu lama ke???
nak pergi singgah banyak tempat lagi.
boleh pulak perempuan tu tak bagi bank in.


sebelum aku memperbodohkan diri aku dekat situ dan kurang ajar dengan kakak tu, baek aku berambus.

so, on the way nak pergi maybank tu aku dok ingat balek muka akak tu, ayat2 dia.
yeeeeee bengang gilaaaaa la.
ada jugak manusia macam tu lagi.

bila bengang aku bawak kereta laju2 la.
aku baru perasan, ni kali ketiga aku drive time tengah marah. errrr

bengang sangat sampai aku tumbuk stereng kereta.
okayy, admit it. tangan aku la saket kan.


tiba2 aku menangis. durhh nangis???
menangis bukan sebap aku bengang dekat kakak tu.
sebap aku EXHAUSTED. aku PENAT.
penat dengan masalah2.

aku baru perasan yang aku ada banyak masalah tapi aku tak hiraukan.
lepas tu bila timbul masalah laen, aku terkenang balek masalah yang lama.
membuatkan aku rasa penat sangat dan rasa macam nak let go semua.

haaiii, manusia2...
memang lumrah yea. bila dijentik sikit dengan masalah terus give up??
what happened? da sampai separuh jalan kot.
sikit lagi nak sampai penamat.

okayy2 aku decided nak teruskan jugak perjuangan aku sekarang.
nak lari mana?? memang kena hadap jugak masalah kan.
cuma aku lebih berfikir dari segi positif la.
walau masalah itu sekecil zarah sekalipun, anggap lah itu sebagai cabaran untuk melangkah ke arah yang lebih maju.


ingatlah, manusia memang takkan berjauhan dengan masalah.










12 comments:

ralphrazaq said...

ow...maybank mg cm2 ea..?? aku bank in 50 kt bsn ok je..hahaha

reen afny said...

tak.. yang ni rhb. tula pasal. bodoh je. bengang gilaaa aku kot.

SM said...

memandu di bawah kawalan amarah? ok, aku harap kau tak termasuk dalam golongan `road b*****d' tu.

eh, tapi betul la. lagi bagus kalau guna mesin. bukan setakat maybank je tapi banyak lagi bank komersil lain (bsn tak kot, sebab teller lagi ramai dari customer).

ralphrazaq said...

SM - betul3 setuju..mesin lg senang la reen...cuma kdg2 mesin maybank ni bangang gak...kejap2 duit yg bank in die reject byk kali...kesimpulannya cimb gak bagus..sekali ko bank in, die accepted

SM said...

ralph : ha, yang ni pun aku satu tuju jugak. cdm kat cimb jarang timbulkan masalah berbanding maybank. ikut nasib kita. dan nasib akak comel tu agak malang semalam sebab kena marah. mesti dia comel masa kena marah oleh orang yang hilang fokus. hahahaaa...!

reen afny said...

ceitttt SM... HAMBOIII suka eh perli aku. chomeyl la sangat. membara aku ingat muka dia dowh. haha

eh korang ni... kang aku bank in guna cash deposit machine tu nanti kena marah. malas nak dengar akak aku membebel. da tolong pun kena marah =.=


SM... tak la. aku bawak kete gila sorang2 je. takde menyusahkan pemandu laen2. huhu so, tak termasuk dalam golongan road bastard kot. hehe

ralphrazaq said...

reen - sebenarnya ko tensen dgn akak ko kan? sbb die suro ko bank in pakai KAUNTER gak..hahaha len kali ko ckp la akak ko, pakai mesin lg senang dari kaunter..byk songeh kt kaunter tuh..

SM - aku berpendapat akak bank 2 baik.. siap nk ajar reen cara guna deposit machine lagi..haha

reen afny said...

aah ek... tula pasal. banyak cekadak pulak akak tu. last2 aku yang tension.


hahaha baek kot. cuma dia tak paham aku nak bayar thru kaunter. tak abes2 cakap nak ajar aku bank in duet. huhuhu

SM said...

ralph : kali ke berapa pun aku tak tau, aku satu tuju dengan kau. komitmen yang akak comel tu bagi patut dapat pujian. dia sanggup ajar customer guna mesin bedebah tu.

ra : ala, mana kau tau tak menyusahkan? sebab setakat ni takde lagi yang kena gilis dengan myvi lagi best wok ow ow... hahahaa! lain kali kau bagitau kat akak kau kalau guna mesin, resit tu keluar dengan cloud 9 sekali!

reen afny said...

haha aitt, kalau dapat cloud 9 memang tiap2 hari aku sanggup buat. haha

weh jangan doh. selisih 44 malaikat. aku bawak dengan berhemah sekali tau. hihihi

SM said...

hahahaa! mulai sekarang kau kena berlatih.

reen afny said...

berlatih bank in duet ke jadi pemandu berhemah ni??
sory2... hilang fokus lagi. haha