Nov 15, 2011

Pramugari, LAYAK ke aku???

hahaha rasa macam nak tergelak je bila cakap pasal keinginan aku sekarang ni.
tiba2 aku rasa nak jadi stewardess lah.
tapi masalah nya, layak tak aku ni???

tinggi : 154cm
berat : 49kg


*****

 syarat-syarat :

-Malaysian, Male and female age between 20 and 35 years.
- Height (ladies): minimum 157cm, maximum 170cm barefoot.
- Height (men): minimum 170cm, maximum 180cm barefoot.

- SPM with credit in English and Bahasa Malaysia or equivalent.
- Excellent health and good eyesight. not colour blind.
- Pleasant personality and good communication skills.
- Experienced crew are encouraged to apply.


*****


yeay! TAK LAYAK!
hurh... macam hampeh je.
tula siapa suruh pendek sangat.
huhu kesian nya.
aku ada cakap kat mama dengan adek aku yang aku nak jadi stewardess,
lepas tu adek aku gelak weh.
dia cakap, nampak sangat tak layak sebap pendek.
taek je...
tapi mama suruh try apply.
(see, ibu2 memang suka jaga hati kita even da tahu yang anak dia ni memang tak layak kan. hahaha)



tapi serius lah, aku memang teringin sangat nak jadi stewardess doii.
cuma pendek je.
syarat2 yang laen tu da pass da.
bab2 ketinggian ni memang fail la. kecepek! (sambil menepuk dahi)


aku ada post dekat facebook, ada tak cara laen nak bagi tinggi.
ada kawan aku suggest suruh bergayut.
insyAllah boleh tinggi.
kakak aku pulak suruh aku maen lompat2. is it works??
yeay! nak try la nanti... hehehe


btw, im curious. ada ke stewardess pakai tudung??
haha memang tak la kan!
tapi tengok stewardess MAS pakai baju kebaya.
so suweet! da lah aku suka berbaju kebaya. haha
lagi la keinginan aku berbuak - buak kot.
alaaa, tapi tula. nak benda yang confirm2 melanggar peraturan agama.
huhu stewardess semua free hair la wahai cik reen oii...






18 comments:

SM said...

kalau kerja konduktor bas tak kisah pasal ketinggian. ada bran?

reen afny said...

alaaaa... taknak konduktor bus. tak glemer. hahaha

SM said...

konduktor bas tak perlu bukak tudung atau dimestikan pakai baju ketat, yang penting tiada etika berpakaian yang spesifik. kalau nak glamer, keja pelakon majalah mangga. hahaahaaa...! ok la tu kan. apasal, kerja sekarang dah tak best ke?

reen afny said...

haha takde la. tiba2 rasa nak jadi stewardess.. nak tukar profesion yg glemer sikit. poyo tak? haha

konduktor bus nnt kena raba.
kan banyak foreigner yg naek bus. kang tak pasal2 je. huhu

SM said...

lebih daripada poyo. takde perkataan yang padan dengan tahap poyo kau ni. jadi pilot sudah. naik flight jugak, pun glamer jugak, lagi boleh pakai tudung. tapi tak tau pulak kalau kau apply kat airlines yahudi macamana.

eh, kau ni gila glamer ke apa? hahahaa...!

reen afny said...

haha boleh eh pilot perempuan??? perli la tu... haha mana ada. saja nak test market. hahaha

SM said...

gila apa tak boleh, mesti la sangat-sangat boleh. pilot ni bukan profesi yang ada batasan gender. kau try la apply, confirm kena reject. hahahaaa!!!

reen afny said...

cissss del... aku da agak da mesti saja nak kencing aku ni. hurh! haha
alaa, kau la apply. kau kan abg botak hemsem. confirm dorang luluskan application kau. haha

SM said...

yennadei, betul la perempuan boleh jadi pilot. kau jangan la pesimis sangat dengan gender sendiri. adoi!

reen afny said...

taknak jadi pilot da mcm laki lak. yg aku tahu pilot airforce perempuan ramai la. huhu

SM said...

kan aku kata pilot ni takde batasan gender. lain la kalau kau main ragbi atau masuk regu takraw sukan sea. tu memang nak kena la...

reen afny said...

hihihi kena maki.... taknakkk!! hahaha sengalll

SM said...

hahaachoo...! apa lagi kerja glamer yang sangat digilakan oleh orang gila selain stewardess?

reen afny said...

artis la kot.. tahu tak aku pun pernah terbayang nak jadi pelakon dan doctor. tak bole belah kan nyah! haha pilih semua profession yg bagus2 je. haha

SM said...

sah kau memang gila.

reen afny said...

gila glemer... muahahaha

hafiz hafizol said...

steward BUS SANI x pe x freehair.. keh3..

reen afny said...

taknak stewardess bus. tak glemer. ngeh2 ;P